Anugerah Penasihat Akademik

PANDUAN DAN KRITERIA ANUGERAH PENASIHAT AKADEMIK 2016

Maklumat Berkaitan:


1.0 PENGENALAN

Anugerah ini diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang. Anugerah ini akan disampaikan dalam majlis Citra Karisma Universiti setiap tahun.

2.0 NILAI HADIAH

Nilai hadiah bagi penerima anugerah ini adalah seperti berikut:

  1. Wang tunai berjumlah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja)
  2. Trofi
  3. Sijil

3.0 SYARAT DAN PROSEDUR PENCALONAN

  1. Pencalonan adalah terbuka kepada semua staf akademik berjawatan tetap yang dilantik sebagai Penasihat Akademik mahasiswa sekurang-kurangnya 5 tahun dan telah menyelia satu kohot mahasiswa secara lengkap (dari awal kemasukan sehingga pelajar bergraduan).
  2. Semua pencalonan hendaklah melalui Dekan Fakulti dengan menggunakan borang pencalonan yang disediakan.
  3. Setiap pencalonan mesti diiringi dengan 2 surat sokongan iaitu daripada mahasiswa dan Ketua Jabatan atau Dekan fakulti masing-masing. Surat sokongan harus menyatakan contoh terbaik perkhidmatan penasihatan akademik yang diberikan, aktiviti serta usaha penambahbaikan dalam memberi penasihatan. Maklumat-maklumat lain yang boleh dimasukkan adalah seperti yang tertera dalam Perkara 4.0.

4.0 KRITERIA PENILAIAN

Jawatankuasa Pemilih Anugerah Penasihat Akademik akan menilai pencalonan berdasarkan kualiti dan amalan penasihatan yang berkesan dan cemerlang meliputi komponen berikut:

  1. Pengetahuan dan Kualiti Penasihatan
    1. Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
    2. Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian mahasiswa
    3. Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa terhadap kemajuan akademik dan kerjaya
    4. Pengetahuan tentang bidang kerjaya serta pengajian pasca siswazah
    5. Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa
    6. Penglibatan dalam program pembangunan penasihatan akademik
  2. Sokongan
    1. Pemantauan perkembangan pembangunan diri mahasiswa
    2. Sikap sering membantu dan endah terhadap mahasiswa
    3. Kemahiran interpersonal yang berkesan
    4. Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
    5. Kesediaan bertindak demi kepentingan terbaik pelajar
    6. Mempamerkan ciri-ciri penasihat akademik cemerlang
  3. Hubungan dengan Pelajar
    1. Mudah dan sering dihubungi mahasiswa
    2. Komunikasi secara bersemuka serta elektronik
    3. Mesra serta reponsif terhadap mahasiswa

Dokumen dan bahan bukti perlu disertakan bagi menyokong maklumat di atas dan boleh termasuk perkara-perkara seperti di bawah:

  1. Rekod pertemuan pelajar/prestasi pelajar
  2. Pencapaian cemerlang pelajar di bawah penasihatan akademik
  3. Surat-surat sokongan untuk pelajar kepada pihak luar
  4. Rekod komunikasi dengan pelajar (email, media sosial)
  5. Senarai aktiviti bersama pelajar
  6. Penghargaan dari pelajar/bekas pelajar/ibubapa/Fakulti
  7. Hubungan selepas pelajar bergraduan dari aspek kerjaya dan lain-lain
  8. Pembangunan kemahiran penasihatan akademik

5.0 PEMARKAHAN

  1. Pemarkahan akan diberikan berdasarkan maklumat yang disertakan dalam Borang Pencalonan serta Temuduga (bagi calon yang layak).
  2. Penilaian dan pemarkahan berasaskan maklumat permohonan akan dibuat berasaskan komponen dan wajaran berikut:
    1. Pengetahuan dan Kualiti Penasihatan (50 markah)
      1. Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
      2. Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian mahasiswa
      3. Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa terhadap kemajuan akademik dan kerjaya
      4. Pengetahuan tentang bidang kerjaya serta pengajian pasca siswazah
      5. Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa
      6. Penglibatan dalam program pembangunan penasihatan akademik
    2. Sokongan (30 markah)
      1. Pemantauan perkembangan pembangunan diri mahasiswa
      2. Sikap sering membantu dan endah terhadap mahasiswa
      3. Kemahiran interpersonal yang berkesan
      4. Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
      5. Kesediaan bertindak demi kepentingan terbaik pelajar
      6. Mempamerkan ciri-ciri penasihat akademik cemerlang
    3. Hubungan dengan Pelajar (20 markah)
      1. Mudah dan sering dihubungi mahasiswa
      2. Komunikasi secara bersemuka serta elektronik
      3. Mesra serta reponsif terhadap mahasiswa

6.0 PROSEDUR PEMILIHAN CALON

  1. Hanya calon yang mencapai markah titik ambang (threshhold) berasaskan kriteria pemarkahan dalam Perkara 5.0 akan disenarai pendek untuk sesi temuduga.
  2. Seorang calon yang melepasi markah minima dan mencapai markah tertinggi dalam sesi temuduga akan diperakukan kepada Universiti untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penasihat Akademik.
  3. Panel akan memperakukan kepada Universiti bahawa tiada calon yang akan dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penasihat Akademik sekiranya tiada calon yang mencapai markah titik ambang pemohon dan melepasi markah minima temuduga.

7.0 JADUAL PELAKSANAAN

Jadual kerja pelaksanaan penilaian anugerah adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
1 Mesyuarat Perlaksanaan Anugerah Penasihat Akademik 2016 2 Januari 2017 JK & UTMLead
2 Proses Pengiklanan (Website UTMLead, UTMonline, Dekan & TDA Fakulti) 10 Januari 2017 UTMLead & Fakulti
3 Perlaksanaan Anugerah Penasihat Akademik 2016 11 Jan – 23 Feb 2017 UTMLead
4 Proses Perakuan dan Penyerahan borang oleh Fakulti ke UTMLead 26 Feb – 2 Mac 2017 UTMLead
5 Proses Perakuan dan Penyerahan borang oleh Fakulti ke UTMLead 8 Mac 2017 JK & UTMLead
6 Sesi Temubual dan Perakuan Pemenang 26 Mac 2017 JK & UTMLead
7 Penghantaran maklumat Finalis & Pemenang beserta Write-up 6 April 2017 UTMLead
8 Majlis Citra Karisma 23 Mei 2017  

 

8.0 PANEL PENILAI

  1. Keseluruhan proses penilaian akan dibuat oleh Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik.
  2. Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik akan membuat laporan dan perakuan kepada Universiti mengenai calon yang akan dipertimbangkan sebagai penerima  Anugerah Penasihat Akademik.
  3. Panel Penilai Anugerah Penasihat  Akademik  Tahun 2016 adalah terdiri daripada:
    i. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Nazri bin Muhamad Ludin
    Pengarah Kanan UTMLead
    Pengerusi
    ii. Prof. Madya Ir. Hayati binti Abdullah
    Pengarah CTL
    Ahli
    iii. Prof. Dr. Mohd Zaki bin Kamsah
    Dekan Pejabat Pengajian Prasiswazah 
    Ahli
    iv. Prof. Dr. Johari Halim Shah bin Osman
    Dekan Fakulti Elektrik
    Ahli
    v. Prof. Dr. Mohd Salleh bin Abu
    Fakulti Pendidikan
    Ahli
      Pn. Nurhanin binti Ahmad
    Penolong Pendaftar CTL UTMLead
    Setiausaha
      En. Ariffin bin Basserany
    Timbalan Pendaftar UTMLead
    Urusetia
      En. Mohd Reduan bin Mohd Ariff
    Pembantu Tadbir CTL
    Urusetia

 

9.0 MAKLUMAT YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PENCALONAN

Setiap pencalonan perlu dikemukakan kepada Urusetia Anugerah Penasihat Akademik mengikut prosedur dan ketetapan  yang ditetapkan oleh Universiti dengan menyertakan maklumat berikut:

  1. Borang pencalonan
  2. Borang penilaian oleh sekurang-kurangnya 3 orang mahasiswa
  3. 2 surat sokongan
  4. CV calon
  5. Gambar calon bersaiz passport
  6. Write up berkaitan calon (1 muka surat)
  7. Dokumen dan bahan bukti berkaitan Penasihatan Akademik seperti dinyatakan dalam Perkara 4.0