Malam tadi (25 Mac 2017, Sabtu), UTM telah menjadi tuan rumah untuk majlis yang gilang gemilang ini. Majlis telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh.

Majlis Anugerah Tokoh Mahasiswa diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf penglibatan pelajar dalam penganjuran program / aktiviti berimpak tinggi dan positif kepada masyarakat, universiti dan kemahiran Insaniah pelajar.

UTMLead terlibat sebagai JK Multimedia dan Rakaman untuk persediaan montaj, slide calon bagi setiap kategori anugerah dan paparan pemenang. 

Penyediaan booth fotografi semasa sesi interview di Putrajaya.

Sebahagian daripada 45 calon Anugerah Tokoh Siswa yang hadir untuk temuramah.

UTMLead juga terlibat membuat rakaman semasa majlis dijalankan.

Semasa sesi raptai teknikal. Sebelum majlis bermula.

Stesen kawalan untuk paparan dan MCP. 

Suasana dalam dewan yang meriah.

Paparan pemenang Tokoh Siswa.

Tahniah buat pemenang. Tahniah juga buat UTM terutamanya Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa UTM yang telah merancang dan melaksanakan majlis dengan cemerlang.