CMLT

Center for Multimedia
Learning
Technology

DANA PEMBANGUNAN PENGAJARAN

DANA PEMBANGUNAN PENGAJARAN

PANDUAN PERMOHONAN

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)
BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)
BAHAGIAN 3 (PEMANTAUAN)
BAHAGIAN 4 (PERUNTUKAN DAN JANGKA MASA KAJIAN)
BAHAGIAN 5 (HASIL KAJIAN)
GLOSARI

 

BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)

 

1.1  TUJUAN SKIM GERAN GUP DPP

GUP DPP (Dana Pembangunan Pengajaran) adalah dana yang membiayai staf akademik melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti proses Pengajaran  & Pembelajaran (P&P) di UTM

 

1.2  KELAYAKAN CALON

Semua staf akademik yang telah diserapkan ke jawatan tetap adalah layak memohon. Pemohon hanya dibenarkan menjadi ketua projek bagi satu projek dan hanya satu permohonan projek sahaja akan diperakukan. Ketua projek yang tidak mempunyai geran aktif sahaja akan dipertimbangkan.

Pemohonan hendaklah dilakukan secara berkumpulan. Keutamaan akan diberikan kepada staf akademik yang terlibat secara aktif sebagai ahli “Task Force” Akademia Baru Inovasi Pembelajaran dan staf akademik yang pernah mengikuti kursus berkaitan dengan kaedah penyelidikan pendidikan atau SoTL sebelum ini.

 

1.3  PERMOHONAN (SECARA ONLINE SAHAJA)

Permohonan GUP DPP (Dana Pembangunan Pengajaran) 2017 hendaklah dilakukan secara online melalui sistem RADIS. Semua penyelidik  perlu  menghantar permohonan melalui sistem RADIS (https://radis.utm.my/rmc/). Tarikh tutup untuk mengemukakan semua permohonan adalah pada 31 Mei 2017.

Sila pilih maklumat berikut semasa proses permohonan:

Grant Management      : Grant Application / Registration
Grant Phase                   : GUP DPP 2017/1
Start Date                       : 1 July 2017

 

1.4  AGIHAN DANA

Peruntukan GUP DPP boleh digunakan untuk tujuan di bawah dan tertakluk kepada syarat yang dinyatakan:

  1. Upah dan lantikan RO/ARO/RA/RSG/SPB (Vot 11000).
  2. Perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan (Vot 21000) untuk menghadiri kursus, mesyuarat, membentang kertas kerja di seminar, menjalankan kajian lapangan yang tidak melebihi dua puluh peratus (20%) dari jumlah keseluruhan dana yang diluluskan. Perjalanan ke luar negara mestilah mengikut peraturan universiti yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
  3. Sewaan (Vot 24000) dan Perhubungan dan Utiliti (Vot 23000) hanya dibenarkan untuk keperluan yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan dan dinyatakan secara terperinci dalam kertas cadangan. Kadar tuntutan bayaran Internet haruslah tidak melebihi RM150.00 sebulan berdasarkan pekeliling RMC 2012 (Rujukan surat : UTM.J.13.01/10.12/1(6)).
  4. Perkhidmatan Ikhtisas (Vot 29000) melibatkan bayaran upah analisis, bayaran yuran seminar, taip manuskrip, percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan
  5. Pembelian bahan guna habis (Vot 27000) dan Bekalan dan Bahan Penyelidikan (Vot 26000) hanya yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja dibenarkan. .
  6. Harta Tetap (Vot 35000) & Inventori (Vot 36000) haruslah tidak melebihi 40 % daripada jumlah keseluruhan dana yang diluluskan. Mesti disenaraikan di dalam permohonan (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan dibenarkan dan justifikasi alat yang dipohon.

Permohonan pindaan V- siri perlu dibuat secara atas talian melalui sistem Radis (https://radis.utm.my/rmc )

 

1.5  TUNTUTAN DAN PEMBAYARAN BAGI AKTIVITI MELIBATKAN DANA GUP DPP

Mulai 1 April 2016, tuntutan dan pembayaran bagi sebarang aktiviti melibatkan GUP DPP perlu dibuat secara atas talian seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Bendahari Bil 2 2015.

Manual Penggunadan Garis Panduan Penyediaan Fail Dokumen boleh didapati dari laman portal Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) (http://rmc.utm.my/download/ )

 

BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)

 

2.1  BIDANG TUMPUAN UTAMA (KEY RESULT AREA)

Bidang-bidang kajian yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  1. Pembinaan bahan-bahan pengajaran yang kreatif dan inovatif.
  2. Penilaian dan pentaksiran. Pedagogi dan strategi pengajaran.
  3. Penggunaan teknologi dalam pengajaran. Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
  4. Pembangunan kemahiran insaniah dan gaya pembelajaran pelajar.
  5. Pembangunan dasar dan polisi P&P di UTM

Bagi DPP tahun 2017,  keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan  pembangunan dan pemantauan keberkesanan perlaksanaan Akademia Baru Inovasi Pembelajaran (New Academia Learning Innovation – NALI) dan  Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi  (High Impact Learning Practices) di UTM sejajar dengan keperluan Pelan Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

 

Akademia Baru Inovasi Pembelajaran (NALI)

  • Outcome Based Education
  • Scholarship of Teaching & Learning (SoTL) berdasarkan amalan NALI
  • CDIO Practices
  • Case Study Teaching
  • Service/Community Based Learning
  • Problem/Project Based Learning
  • Scenario Based Learning
  • Peer Instruction
  • Entrepreneurial Skills/Job Creation
  • OCW / MOOCS
  • Student Edutainment
  • Blended Learning
  • e-Learning
  • Learning Spaces

 

Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi ;

  • First-year seminar and experience
  • Learning communities
  • Intensive Academic Writing
  • Collaborative assignment and project
  • Empirical research
  • Diversity/Global learning
  • Internship
  • Capstone project
  • Interdisciplinary approach

Rujuk laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut berkaitan Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi; 
http://us.tamu.edu/Students/High-Impact-Practices/High-Impact-Practices-Defined
https://www.aacu.org/leap/hip.cfm

Pertimbangan juga akan diberi kepada kajian-kajian yang sejajar dengan keperluan KPT dan terkini seperti Gamifikasi, Virtual Reality, Augmented Reality, Mix Reality dan Heutagogi.

 

2.2  SKOP PROJEK PENYELIDIKAN YANG TIDAK AKAN DISOKONG:

  1. Mengulang kaedah yang telah digunakan dalam kursus yang lain dalam satu matapelajaran baru.
  2. Projek yang memfokus kepada perkembangan terkini dalam disiplin seseorang staf.
  3. Membangunkan satu matapelajaran baru atau menukar bahan rujukan dalam sesuatu matapelajaran tanpa berlaku perubahan pedagogi yang ketara.
  4. Penyedian untuk menggunakan bahan `sedia ada’ dalam pengajaran (contohnya manual atau perisian).

 

2.3  PANEL PENILAI

Semua permohonan akan dinilai dan diluluskan oleh Jawatankuasa GUP DPP (JK GUPDPP), UTMLead.

 

2.4  KRITERIA PENILAIAN

Berikut adalah kriteria yang akan digunakan bagi meluluskan sesuatu permohonan.

  1. Projek penyelidikan mestilah secara berkumpulan dan keutamaan diberikan kepada kumpulan yang terdiri dari pelbagai fakulti.
  2. Memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan yang diberikan keutamaan.
  3. Tujuan dan rasional kajian mestilah jelas dan boleh dilaksanakan dalam jangkamasa yang dipohon.
  4. Cadangan inovasi yang berkaitan dapat meningkatkan mutu P&P.
  5. Keutamaan diberikan kepada cadangan kajian yang menunjukkan terdapat ciri-ciri inovasi dan kreativiti yang akan ditonjolkan serta kajian keberkesanan menurut kaedah penyelidikan pendidikan yang teratur.
  6. Hasil kajian akan memberikan impak yang luas kepada pelajar, fakulti dan UTM secara keseluruhannya.
  7. Perancangan dan jadual kerja yang jelas termasuk bagaimana dapatan kajian dapat dimanfaat dan disebarkan.
  8. Menghasilkan penerbitan artikel dalam jurnal berindeks dan lain-lain KPI RU yang berkaitan.
  9. Belanjawan yang berpatutan mengikut syarat agihan dana yang ditetapkan.
  10. Bukti sokongan daripada fakulti atau unit luar jika berkaitan.

 

BAHAGIAN 3 (PEMANTAUAN)

 

3.1  LAPORAN KEMAJUAN DAN LAPORAN AKHIR 

Staf / kumpulan staf akademik yang berjaya menerima geran dari GUP DPP perlu menghantar laporan kemajuan DUA (2) kali setahun iaitu setiap bulan Jun dan bulan Disember.

Laporan akhir perlu dihantar selewat-lewatnya TIGA (3) bulan selepas tarikh tamat projek.

Semua penghantaran laporan perkembangan dan penutupan projek perlu dibuat secara atas talian melalui sistem Radis (https://radis.utm.my/rmc )

 

3.2  PERMOHONAN LANJUT TEMPOH

  • Permohonan boleh dibuat SATU (1) bulan sebelum tarikh tamat.
  • Perbelanjaan dan pencapaian projek perlu melebihi 80% semasa memohon perlanjutan tempoh.
  • Permohonan hanyalah sekali sahaja.
  • Maksimum lanjutan TIGA (3) bulan sahaja.

Penyelidik perlu memohon secara rasmi kepada Pengarah CTL untuk mendapat kelulusan dari JK GUP DPP, UTMLead bagi tujuan perlanjutan tempoh.

 

BAHAGIAN 4 (PERUNTUKAN DAN JANGKA MASA KAJIAN)

 

4.1  PERUNTUKAN

Dana ini boleh dipohon untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara berkumpulan. Jumlah maksimum yang boleh dipohon bagi setiap projek ialah RM 20,000.00 untuk jangka masa 12 hingga 24 bulan.

 

4.2  PELAKSANAAN DPP

Bermula dari tahun 2013, perlaksanaan DPP dibuat dengan kerjasama RMC. Bidang kajian, proses permohonan dan kelulusan akan dikendalikan oleh CTL, UTMLead, manakala permohonan projek, pendaftaran projek, urusan perbelanjaan dan kewangan dan laporan projek akan diuruskan oleh pihak RMC.

 

BAHAGIAN 5 (HASIL KAJIAN)

 

5.1  HASIL PEMINDAHAN ILMU

Penyelidik diminta untuk berkongsi hasil kajian melalui satu bengkel atau seminar yang akan dianjurkan oleh pihak CTL UTMLead.

 

5.2  PENERBITAN

Menghasilkan penerbitan dalam sekurang-kurangnya 1 jurnal berindeks..

 

5.3  HAK HARTA INTELEK

Harta intelek hasil geran menjadi hak milik bersama UTM dan penyelidik.

 

GLOSARI

Scholarship of Teaching and Learning (SoTL)

  • Kajian yang dijalankan perlu menilai impak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan.
  • Penyelidik perlu terlibat secara langsung sepanjang proses implementasi kajian.
  • Penyelidik perlu memenuhi keperluan perkongsian kajian seperti dalam perkara 5.1 dan 5.2.

 

 

SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI :

Pn. Nurhanin Binti Ahmad (emel : nurhanin@utm.my / sambungan : 37888)
En. Mohd Reduan Mohd Ariff (emel : mreduan@utm.my / sambungan : 37866)

 

UTMLead
Block F54, Graduate Studies Building
Universiti Teknologi Malaysia 81310, Johor Bahru Johor
MALAYSIA
emel : ctl@utm.my
Fax number : +607-5537860

Website : https://utmcdex.utm.my/danapembangunanpengajaran/