Pada 12 Mac 2017 yang lalu, CTL UTMLead telah mengadakan kursus E-Pembelajaran@UTM untuk Pengurusan. Kursus ini bertujuan untuk melatih pentadbir (Pengurus Fasiliti Fakulti / JK E-Pembelajaran@UTM) menguruskan portal kursus dalam Moodle. Pentadbir yang mengikuti kursus ini akan diberikan sokongan khidmat nasihat supaya mereka mampu memimpin staf akademik yang lain untuk menggunakan Moodle dalam pengajaran mereka seperti masalah akses ke kursus, prosedur perlaksanaan elearning setiap semester, insert/delete lecturer / student, metacourse, import course dan lain-lain lagi.  

Seramai 25 wakil daripada semua Fakulti telah hadir bagi perkongsian pengetahuan ini. Kursus pada kali ini dikendalikan oleh Dr Zaleha Abdullah (Timbalan Pengarah CTL) dan Dr Norah Md Noor (Pengurus IT UTMLead).