Alhamdulillah, UTMLead buat pertama kalinya telah tersenarai sebagai finalist bagi Anugerah Webometrics Kategori Bukan Akademik dalam Majlis Citra Karisma 2017.

Pada tahun ini, UTMLead bersaing dengan UTM International dan Pejabat Bendahari UTM. 

Tersenarai sebagai finalist sudah pun boleh dibanggakan sebagai salah satu kejayaan buat UTMLead. Tahniah buat semua team web UTMLead.

Keputusan akan dimaklumkan dalam majlis Citra Karisma yang akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Dewan Sultan Iskandar.