Pada Khamis, 20 April 2017, UTM Johor Bahru telah mengadakan Gotong – Royong Perdana di sekitar kampus UTM Johor Bahru. Sesi pelancaran Program Gotong Royong Perdana ini telah diadakan di Foyer, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim pada jam 8.15 pagi.

UTMLead turut terlibat dalam program Gotong-royong perdana ini bagi membersihkan kawasan sekitar Blok F54 di bahagian kanan blok (bermula dari koridor atas sehingga ke parking lot). Selain dari itu, 5 orang staf UTMLead turut membantu membersih kawasan umum di UTM.
 
Terima kasih atas kerjasama semua staf yang terlibat dalam menjayakan program ini. UTM My Home.