​UTMLead telah menganjurkan in-house training ​bertajuk Penggunaan Facebook dalam Meningkatkan Webometrik UTMLead, Penggunaan Personal Website & Garis Panduan Back up dan Restore Data pada 6 Julai 2017 bertempat di Bilik Komputer UTMLead.  Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Norah bt Md Noor selaku Pengurus IT di UTMLead. ​
 
​Kursus ini dianjurkan secara berjadual setiap bulan bagi memastikan setiap staf UTMLead dilengkapkan dengan kemahiran (skills) yang terkini sesuai dengan tuntutan keperluan semasa. Selain itu, kursus juga dapat membantu staf memenuhi keperluan polisi latihan 42 mata CPD setahun .