Industrial Training (Latihan Ikhtisas)

Professional Training / Latihan Ikhtisas objectives are as follows

To increase the number of staff with professional qualifications (in related field). Untuk meningkatkan bilangan staf yang mempunyai pengiktirafan kelayakan profesional (bagi bidang yang berkaitan)
To increase recognition from external parties towards UTM. Untuk meningkatkan pengiktirafan pihak luar terhadap UTM
To improve network with the industry. Untuk meningkatkan jaringan dengan pihak industri


 

Click Here to download the Policy.

 

MAKLUMAT PENTING

  1. Pengecualian LI hanya boleh diluluskan oleh Panel Pembangunan Profesional Universiti.
  2. Pengecualian LI boleh diberikan kepada Staf seperti berikut:
    1. Staf yang telah mendapat kelayakan profesional daripada badan profesional yang tertakluk kepada Akta dalam negara(bagi bidang yang berkenaan) dan kelayakan profesional tersebut mempunyai syarat keperluan pengalaman di industri sekurang-kurangnya 12 bulan.
    2. Staf yang telah menjalani Latihan Pasca Kedoktoran sekurang-kurangnya 12 bulan.
    3. Staf yang telah memegang jawatan sebagai Pentadbir Akademik (Ketua Jabatan ke atas atau setaraf) sekurang-kurangnya bagi tempoh satu penggal (2 tahun)
  1. Pengecualian LI boleh dipertimbangkan kepada Staf seperti berikut:
    1. Staf yang telah menjalankan aktiviti/kerja praktikal (tempoh kumulatif minimum 12 bulan) semasa melaksanakan projek seperti penyelidikan kontrak dan perundingan dalam bidang kepakarannya yang melibatkan industry/agensi/badan kerajaan/badan berkanun/swasta/NGO sama ada di dalam negara (termasuk UTM) atau luar negara. Jika tempoh kumulatif kurang dari 12 bulan, Staf boleh memohon untuk mengikuti Latihan Ikhtisas Khas bagi mencukupi 12 bulan.
  2. Prosedur Permohonan Pengecualian
    1. Mengemukakan sijil kelayakan profesional yang berkaitan yang telah disahkan ahli profesional dalam bidang berkaitan.
    2. Mengemukakan testimonial dari majikan terdahulu dan deskripsi pengalaman kerja.
    3. Mengemukakan salinan sijil/surat tamat program Latihan Pasca Kedoktoran yang telah disahkan oleh Dekan Fakulti / Dekan RA / Pengarah COE.
    4. Mengemukakan salinan/surat tamat tempoh sebagai Pentadbir Akademik yang telah disahkan.
    5. Mengemukakan laporan lengkap berkaitan aktiviti/kerja praktikal dalam bidang kepakarannya yang terlibat dengan industry/agensi/badan kerajaan/badan berkanun/swasta/NGO sama ada di dalam negara (termasuk UTM) atau luar negara. Laporan tersebut perlu disahkan oleh penyelia di tempat pengalaman kerja itu diperoleh atau ahli profesional dalam bidang berkaitan dengan kepakaran staf.