AKEPT Competency And Enhancement Programme (ACEP) merupakan sebuah program kerjasama AKEPT dengan Universiti Awam bagi menjayakan pelaksanaan modul pembelajaran dan pengajaran. Program ini bukan sahaja akan melibatkan Universiti Awam tetapi juga melibatkan Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Justeru, untuk memastikan agenda ini berlangsung dan berkesinambungan, AKEPT telah membahagikan UA seluruh negara mengikut zon. UTM, UTHM dan UTeM berada di bawah Zon Selatan dan UTM dilantik sebagai Ketua Zon. Setiap universiti perlu melaksanakan 3 aras bagi satu modul seperti yang telah dipersetujui di peringkat AKEPT.

Modul Curriculum Design, Development & Management (Aras 1) telah dilaksanakan di UTM pada 25-26 Julai 2017 di Bilik Seminar Kenanga, Institut Pembangunan Bioproduk, UTM Johor Bahru. Penceramah yang telah diundang ialah Prof. Emeritus Nagendralingan Ratnavanidel (UPSI) dan Dr. Lim Chong Him (Taylor’s University). Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dari UA dan IPTS telah menghadiri kursus ini.

NURHANIN BINTI AHMAD

Assistant Registrar, Centre for Teaching & Learning (CTL), UTM Academic Leadership (UTMLead)