Tarikh : 24 & 29 Februari 2016
Tempat : Makmal Komputer UTMLead

Pada 24 dan 29 Februari 2016 yang lalu, CTL telah mengadakan kursus Lanjutan E-Pembelajaran@UTM. Lebih kurang 50 orang peserta daripada beberapa Fakulti seperti Fakulti Sains, Fakulti Komputeran dan Fakulti Pengurusan telah hadir bagi mempelajari beberapa kemudahan seperti Grouping, Quiz, Feedback, Wiki dan Badges yang disediakan oleh Moodle sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) untuk E-Pembelajaran di UTM. Kursus pada kali ini dikendalikan oleh Dr Norah Md Noor (UTMLead), Prof Madya Hanizam Sulaiman (Fakulti Kejuruteraan Tenaga).

2 1

Sebahagian masa kursus diisi dengan perkongsian cara terbaik untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dalam kelas masing-masing. Beberapa strategi seperti Flipped Classroom, Collaborative Learning dan Gamification turut dikongsi oleh fasilitator kepada semua peserta yang terlibat. Kursus ini akan ditawarkan sekali lagi pada pertengahan tahun 2016 untuk kumpulan pensyarah lain yang tidak dapat mengikuti kursus kali.