Kursus Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi (SPPT) bagi kumpulan pertama bagi tahun 2017 telah berlangsung dari 9 – 26 Julai 2017 di Bilik Bengkel dan Makmal Komputer UTMLead. Seramai 31 orang staf akademik telah terlibat bagi kumpulan pertama. Kursus ini terbahagi kepada 2 modul iaitu modul Pengajaran dan Pembelajaran dan modul Pengajaran Menggunakan Teknologi.
 
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf akademik UTM dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta memberi pendedahan asas kepada:
i) pembangunan kurikulum dan silibus berasaskan hasil (OBE),
ii) kaedah P&P berpusatkan pelajar,
iii) penerapan kemahiran generik,
iv) kaedah penilaian yang berkesan,
v) penggunaan teknologi terkini dalam P&P
 
Kursus SPPT bagi kumpulan 2 2017 akan berlangsung pada 6 – 23 Ogos 2017 dan akan dihadiri oleh 33 orang staf akademik.
Pn. Nurhanin Ahmad

Penolong Pendaftar, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTMLead