Tahniah diucapkan buat Profesor Dr Mohamad Roji bin Sarmidi diatas penerimaan Anugerah Akademik Negara 2017 pada 3 November 2017 di Putrajaya. Beliau memenangi Anugerah Akademik Negara 2017 dibawah Kategori Inovasi dan
Pengkomersialan Produk bagi penghasilan Produk Minyak Kelapa Dara yang berkualiti hasil daripada penemuan proses dan teknologi baharu yang dinamakan sebagai Teknologi Proses Basah Bersepadu (TPBB) .

Syarat Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di IPT di mana harta intelek didaftar di IPT berkenaan. Produk tersebut mestilah dikomersialkan melalui syarikat / enterpris berdaftar, memberi impak dari segi penjanaan ilmu, peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan perkembangan ekonomi negara. Untuk layak memohon, nilai jualan kasar kumulatif bagi produk berkenaan mestilah sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu). 

Pihak UTMLead selaku urusetia AAN di peringkat UTMyang membantu dalam menguruskan penghantaran dokumen beliau ke KPT serta membangunkan video produk inovasi untuk pertandingan inimerasa sangat berbangga dengan kejayaan beliau . Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi buat staf Akademik UTM yang lain untuk meneruskan kajian dan penyelidikan dalam bidang produk komersil. 

TAHNIAH PROF DR MOHAMAD ROJI SARMIDI !!

Pn. Nurhanin Ahmad

Penolong Pendaftar, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead