Mulai tahun 2006 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan sebuah anugerah tertinggi kesarjanaan yang dikenali sebagai Anugerah Akademik Negara (AAN).

Tahun 2017 ini merupakan tahun ke 11, Anugerah Akademik Negara diadakan bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu.berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut:

  • Pengajaran
  • Penemuan ilmu
  • Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
  • Pemindahan dan pengembangan ilmu

Maklumat lanjut <Klik di sini>

Terdapat tujuh (7) kategori utama Anugerah Akademik Negara, iaitu:

  1. Anugerah Tokoh Akademik Negara
  2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
  3. Anugerah Penerbitan Buku
  4. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
  5. Anugerah Seni dan Kreativiti
  6. Anugerah Pengajaran
  7. Anugerah Ahli Akademik Harapan