CALI

Curriculum and Learning Innovation

Anugerah Penasihat Akademik

PANDUAN DAN KRITERIA ANUGERAH PENASIHAT AKADEMIK 2022

Maklumat Berkaitan:


1.0 NAMA ANUGERAH

Anugerah Penasihat Akademik

2.0 LATAR BELAKANG ANUGERAH

Anugerah ini diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang. Anugerah ini akan disampaikan dalam majlis Citra Karisma Universiti setiap tahun.

3.0 KATEGORI ANUGERAH

Staf Akademik

4.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pencalonan adalah terbuka kepada semua staf akademik berjawatan tetap yang dilantik sebagai Penasihat Akademik pelajar sekurang-kurangnya 5 tahun dan telah menyelia satu kohort pelajar secara lengkap (dari awal kemasukan sehingga pelajar bergraduan).

    1. Semua pencalonan hendaklah melalui Dekan Fakulti dengan menggunakan borang pencalonan yang disediakan.
    2. Setiap pencalonan mesti diiringi dengan 2 surat sokongan/testimoni iaitu daripada pelajar di bawah penasihatan akademik dan Ketua Jabatan atau Dekan fakulti masing-masing. Surat sokongan harus menyatakan contoh terbaik perkhidmatan penasihatan akademik yang diberikan, aktiviti serta usaha penambahbaikan dalam memberi penasihatan.
  1.  

5.0 KRITERIA

Panel Pemilih Anugerah Penasihat Akademik akan menilai pencalonan berdasarkan kualiti dan amalan penasihatan yang berkesan dan cemerlang meliputi komponen berikut:

    1. Pengetahuan dan Kualiti Penasihatan Akademik serta Kerjaya
      1. Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
      2. Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian pelajar
      3. Pemantauan terhadap perkembangan pelajar terhadap kemajuan akademik dan kerjaya
      4. Pengetahuan tentang bidang kerjaya serta pengajian pasca siswazah
      5. Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri pelajar
      6. Penglibatan dalam program pembangunan penasihatan akademik
      7. Kemahiran menggunakan Sistem Penasihatan Akademik dalam Portal UTM
    2. Sokongan dan Pembangunan Sahsiah Pelajar
      1. Pemantauan perkembangan pembangunan diri pelajar
      2. Sikap sering membantu dan endah terhadap pelajar
      3. Kemahiran interpersonal yang berkesan
      4. Tahu merujuk pelajar kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
      5. Kesediaan bertindak demi kepentingan terbaik pelajar
      6. Mempamerkan ciri-ciri penasihat akademik cemerlang
    3. Hubungan dengan Pelajar 
      1. Mengenali latar belakang pelajar melalui pelbagai sumber/sistem
      2. Mudah dihubungi pelajar
      3. Kepelbagaian dalam kaedah berkomunikasi dengan pelajar
      4. Mesra serta responsif terhadap pelajar
      5. Cepat bertindak menyelesaikan masalah berkaitan pelajar

6.0 KAEDAH PERMOHONAN

Setiap calon yang memenuhi syarat dan kriteria anugerah perlu mengemukakan permohonan kepada Urusetia Anugerah Penasihat Akademik (UTM CDex) mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.

    1. Borang dan lampiran
      1. Maklumat/Dokumen yang perlu disertakan:
        • Borang pencalonan
        • Borang penilaian oleh sekurang-kurangnya 3 orang pelajar di bawah penasihatan akademik
        • 2 surat sokongan/testimoni
        • CV calon
        • Gambar calon bersaiz passport
        • Ringkasan pengalaman dan refleksi amalan terbaik dalam melaksanakan penasihatan akademik berkaitan calon
        • Dokumen dan bahan bukti berkaitan Penasihatan Akademik
    2. Bahan Bukti
      1. Bahan bukti perlu disertakan bagi menyokong maklumat di atas dan boleh termasuk perkara-perkara seperti di bawah:
        • Rekod pertemuan pelajar/prestasi pelajar
        • Peningkatan pencapaian pelajar di bawah penasihatan akademik
        • Surat-surat sokongan untuk pelajar kepada pihak luar (recommendation letter)
        • Rekod komunikasi dengan pelajar (email, media sosial)
        • Senarai aktiviti bersama pelajar
        • Penghargaan dari pelajar/bekas pelajar/ibubapa/Fakulti
        • Hubungan selepas pelajar bergraduan dari aspek kerjaya dan lain-lain
        • Senarai Kursus/Bengkel yang dihadiri untuk meningkatkan kemahiran penasihatan akademik

7.0 KAEDAH PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

    1. Pemarkahan akan diberi berdasarkan maklumat yang disertakan dalam Borang Pencalonan. Hanya calon yang mencapai markah titik ambang (threshold) 70% berasaskan kriteria pemarkahan akan disenarai pendek untuk sesi temuduga.
    2. Seorang calon yang mencapai markah tertinggi dan melepasi markah minima dalam sesi temuduga akan diperakukan kepada Universiti untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penasihat Akademik.
    3. Panel akan memperakukan kepada Universiti bahawa tiada calon yang akan dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penasihat Akademik sekiranya tiada calon yang mencapai markah titik ambang permohonan dan melepasi markah minima temuduga.

7.1 Kaedah Penilaian :

    1. Keseluruhan proses penilaian akan dibuat oleh Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik.
    2. Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik akan membuat laporan dan perakuan kepada Universiti mengenai calon yang akan dipertimbangkan sebagai penerima  Anugerah Penasihat Akademik.

7.2 Kaedah Pemarkahan :

7.2.1 Penilaian Calon

  1. Pengetahuan dan Kualiti Penasihatan Akademik serta Kerjaya (20 markah) 
    1. Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
    2. Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian pelajar
    3. Pemantauan perkembangan pelajar berkaitan kemajuan akademik dan kerjaya
    4. Pengetahuan tentang bidang kerjaya serta pengajian pasca siswazah
    5. Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri pelajar
    6. Penglibatan dalam program pembangunan penasihatan akademik
    7. Kemahiran menggunakan Sistem Penasihatan Akademik dalam Portal UTM
  2. Sokongan dan Pembangunan Sahsiah Pelajar (40 markah) 
    1. Pemantauan perkembangan pembangunan diri pelajar
    2. Sikap sering membantu dan endah terhadap pelajar
    3. Kemahiran interpersonal yang berkesan
    4. Tahu merujuk pelajar kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
    5. Kesediaan bertindak demi kepentingan terbaik pelajar
    6. Mempamerkan ciri-ciri penasihat akademik cemerlang
  3. Hubungan dengan Pelajar (40 markah) 
    1. Mengenali latar belakang pelajar melalui pelbagai sumber/sistem
    2. Mudah dihubungi pelajar
    3. Kepelbagaian dalam kaedah berkomunikasi dengan pelajar
    4. Mesra serta responsif terhadap pelajar
    5. Cepat bertindak menyelesaikan masalah berkaitan pelajar

7.2.1 Temubual Calon

  1. Pengetahuan (30 markah) 
    1. Berpengetahuan untuk merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang Berkaitan
    2. Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
    3. Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian pelajar
    4. Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan pembangunan diri dan kesejahteraan pelajar
    5. Kemahiran menggunakan Sistem Penasihatan Akademik dalam Portal UTM
    6. Kebolehan memberi penasihatan terhadap pembangunan kerjaya serta potensi pengajian pasca siswazah
  2. Kemahiran (30 markah) 
    1. Kemahiran interpersonal yang berkesan
    2. Teknik pemantauan perkembangan pelajar dari segi akademik
    3. Teknik pemantauan perkembangan pelajar dari segi pembangunan diri dan kesejahteraan pelajar
    4. Mengenali latar belakang pelajar melalui pelbagai sumber/sistem
    5. Kemahiran bertindak menyelesaikan masalah berkaitan pelajar
    6. Kemahiran menggunakan pelbagai kaedah berkomunikasi dengan pelajar
  3. Sikap (40 markah) 
    1. Menunjukkan kesungguhan dalam aktivit penasihatan
    2. Mudah dihubungi dan responsif terhadap pelajar
    3. Mesra dan sering menghubungi pelajar
    4. Sikap peka, endah dan sering membantu terhadap isu berkaitan pelajar

8.0 JADUAL PELAKSANAAN

Jadual kerja pelaksanaan penilaian anugerah adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
1 Draf iklan dan hebahan iklan Citra Karisma ke Web 16 Feb – 23 Feb 2023 UTM CDex & BPO
2 Hebahan iklan Citra Karisma ke Web 8 Mac 2023 UTM CDex & BPO
3 Proses Pencalonan/Permohonan Anugerah & Perakuan Fakulti 7 Mac – 12 April 2023 Calon
4 Penyerahan Borang ke UTM CDex Sebelum 11 April 2023 Fakulti / Calon
5 Mesyuarat Panel Penilai Pemilihan Calon Anugerah Penasihat Akademik 2022 24 April 2023 JK & UTM CDex
6 Sesi Temubual dan Perakuan Pemenang 8 Mei 2023 JK & UTM CDex
7 Penghantaran maklumat Finalis & Pemenang berserta Write-Up 31 Mei – 9 Jun 2023 UTM CDex
8 Majlis Citra Karisma 2023 18 Julai 2023  

 

9.0 KOS HADIAH

Nilai hadiah bagi penerima anugerah ini adalah seperti berikut:

  1. Wang tunai berjumlah RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja)
  2. Trofi
  3. Sijil
    •  

10.0 SENARAI JAWATANKUASA ANUGERAH

Panel  Penilai Anugerah Penasihat Akademik Tahun 2022 adalah terdiri daripada:

JAWATAN NAMA PTJ
Pengerusi Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah UTM CDex
Ahli Panel Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A. Shukor UTM CDex
Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim UTM iLeague
Prof. Dr. Intan Zaurah binti Mat Darus UTM iLeague
Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin UTM International
Prof. Madya Dr. Mazura Jusoh FKT
Prof. Dr. Mohamed bin Hussein FKM
Urusetia Pn. Nuril Aini binti Ahmad Tohid UTM CDex
Cik Priscilla Prapagara UTM CDex