Anugerah Pengajaran

Universiti Teknologi Malaysia

Anugerah Pengajaran

 KRITERIA PENCALONAN DAN PANDUAN ANUGERAH PENGAJARAN 2023

Maklumat Berkaitan:

1.0 PENGENALAN

    1. Anugerah Pengajaran (dahulunya dikenali Anugerah Pengajar Terbaik) bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajaran di UTM. Anugerah ini diberikan kepada tiga orang staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun.
    2. Kategori yang dipertandingkan ialah :
      1. Kategori Kejuruteraan
      2. Kategori Sains dan Teknologi
      3. Kategori Sains Sosial

2.0 TUJUAN ANUGERAH

    1. Menggalakkan dan memupuk inovasi dalam pengajaran di UTM.
    2. Meningkatkan suasana pembelajaran bagi pelajar melalui pembangunan amalan pengajaran berkualiti.
    3. Meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan melalui aktiviti berkumpulan, pembelajaran aktif dan hubungan pelajar-pensyarah yang positif.

3.0 HADIAH

    1. Penerima anugerah setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah  RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja) berserta trofi dan sijil.

4.0 KELAYAKAN CALON

    1. Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Guru yang berkhidmat secara tetap di UTM dan mencapai skor Penilaian Pengajaran dalam Talian dan Pengalaman Pelajar (e-PPPK) 0.80 hingga 1.00 (S3) atau mencapai min (purata) skor Penilaian Pengajaran Pensyarah (e-PPP) melebihi 4.0 ke atas untuk TIGA (3) semester terakhir adalah layak dicalonkan.
    2. Pengalaman mengajar hendaklah tidak kurang daripada 8 tahun (Tahun Cuti Belajar dan Cuti Sabatikal tidak diambil kira).
    3. Mereka yang telah menerima Anugerah Pengajaran tidak boleh di calonkan semula dalam jangkamasa lima tahun.
    4. Setiap pencalonan mesti menggunakan borang yang disediakan dan mengandungi alasan-alasan yang menyokong calon daripada sekurang-kurangnya seorang penyokong.

5.0 KRITERIA PEMILIHAN

    1. Anugerah ini diberikan berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan lestari dalam kualiti pengajaran seperti di bawah. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti kecemerlangan dalam kesemua kriteria di bawah.
      Penilaian bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan 6 kriteria berikut:
      1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran.
      2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan dan penilaian.
      3. Kreativiti* dan inovasi** serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
      4. Penilaian dan testimonial pengajaran/penyeliaan.
      5. Penambahbaikan pengajaran/ penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional.
      6. Kesarjanaan dalam pengajaran/ penyeliaan dan penilaian.

**Kreativiti ialah penjanaan idea atau teknik atau strategi baru dalam pengajaran  dan pembelajaran serta penilaian. Kreativiti diukur berdasarkan kebaharuan idea dan penggunaan unsur-unsur terbaru seperti teknologi atau ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

**Inovasi ialah usaha menambah nilai pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bagi kursus-kursus yang diajar. Kejayaan inovasi diukur berdasarkan kesannya terhadap meningkatkan motivasi dan kualiti pembelajaran pelajar.

6.0 PROSEDUR PENILAIAN

Penilaian akan dijalankan dalam dua (2) peringkat. Peringkat 1 melibatkan penilaian portfolio. Permohonan yang melepasi titik ambang akan dimajukan ke peringkat 2 iaitu simulasi pengajaran dan temuduga.

Peringkat 1:    Penilaian portfolio

Portfolio  WAJIB mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Falsafah pembelajaran dan pengajaran yang menggambarkan kesarjanaan pemohon.

    1. Pernyataan falsafah yang jelas dengan kepercayaan dan nilai.
    2. Pernyataan teori / model yang mendasari falsafah pengajaran dan pembelajaran.

2. Pernyataan strategi perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tentang kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut::

    1. Pengajaran / penyeliaan
    2. Penilaian

Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:

    1. Senarai kursus
    2. Rangka kursus dan bilangan pelajar
    3. Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD

3. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran ( kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian).

      1. Pernyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:
        • Falsafah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
        • Kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
      2. Terangkan tentang inovasi yang dilaksanakan
        • Ciri
          • Asli
          • Signifikan
          • Relevan
        • Kaedah pembelajaran dan pengajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT )
        • Kesejajaran antara kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran
      3. Impak kreativiti dan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran kepada:
        Sertakan bukti keberkesanan inovasi pengajaran terhadap peningkatan kualiti pembelajaran seperti berikut:
        • Peningkatan pencapaian pelajar
        • Kualiti hasil kerja pelajar

Sertakan bukti bagi menyokong bahagian yang berkenaan.

4. Penilaian dan testimonial pengajaran / penyeliaan

4.1. Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran / penyeliaan oleh pelajar

4.2 Sertakan testimonial pengajaran / penyeliaan berkesan daripada pelbagai sumber merangkumi:

    1. Pelajar/Alumni
    2. Rakan Sejawat
    3. Jabatan / Fakulti
    4. Universiti
    5. Komuniti / Industri
    6. Lain-lain

5. Penambahbaikan pengajaran / penyeliaan dan penilaian serta pembangunan professional

5.1 Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:

    1. Dokumentasi refleksi
    2. Analisis /a sintesis untuk penambahbaikan
    3. Tindakan dan perkongsian

5.2 Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.

6. Kesarjanaan dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian/pentaksiran

6.1 Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran / penyeliaan dan penilaian/pentaksiran di pelbagai peringkat (universiti / kebangsaan / antarabangsa) melalui mana-mana yang berikut:

    1. Media sosial (termasuk YouTube, Blog, Facebook dll )
    2. Bengkel / seminar/ webinar
    3. Komuniti pembelajaran contoh Special Interest Group )
    4. Modul pembelajaran / buku teks
    5. Penerbitan berwasit
    6. Penerbitan digital (contoh e-buku, e-jurnal, bahan pembelajaran terbuka (OER) )
    7. Kursus dalam talian (contoh MOOCs, micro-credential )
    8. Bahan-bahan lain yang berkaitan

6.2 Pengiktirafan (anugerah / jemputan ucap utama / seminar / penceramah jemputan / jurulatih utama / mentor ) yang diperolehi.
6.3 Kepimpinan (pengerusi / jawatankuasa ) dalam komuniti akademik ( fakulti / universiti / persatuan akademik kebangsaan / antarabangsa ) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

NOTA : Kandungan portfolio hendaklah disusun mengikut urutan di atas. Portfolio calon yang memenuhi kriteria. Peringkat 1 dan mencapai titik ambang akan maju ke Peringkat 2.

Peringkat 2:   Simulasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) serta Temuduga

Simulasi PdP dan temuduga akan dijalankan bagi pemohon yang telah disenarai pendek di Peringkat 1.

  1. Simulasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
    Simulasi PdP memerlukan calon melaksanakan sesi PdP berdasarkan topik pilihan calon dalam masa 1 Jam. Calon mesti berupaya menonjolkan keterampilan diri dan kebolehan berikut:
    1. Keberkesanan komunikasi
    2. Kejelasan penyampaian kandungan
    3. Keupayaan meyakini dan memotivasikan ‘pelajar’
    4. Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan
    5. Keupayaan menilai pemahaman ‘pelajar’
  2. Temuduga
    Temuduga akan merangkumi perkara berikut:
    1. Falsafah pembelajaran dan pengajaran
    2. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran
    3. Penambahbaikan pembelajaran dan pengajaran
    4. Kesarjanaan dalam pembelajaran dan pengajaran
    5. Refleksi kendiri terhadap simulasi pengajaran

Keputusan penilaian

Hanya pemohon yang mencapai titik ambang dan markah tertinggi di Peringkat 2 bagi setiap kelompok akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.

 

7.0 PERMARKAHAN

7.1 Jadual di bawah menunjukkan permarkahan penilaian portfolio pengajaran :

BIL GARIS PANDUAN & KRITERIA MARKAH
1 Falsafah pengajaran dan pembelajaran 20
2 Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan dan penilaian/ pentaksiran 25
3 Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap dalam pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran 25
4 Penilaian dan testimonial pengajaran/penyeliaan 10
5 Penambahbaikan pengajaran/penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional 10
6 Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian. 10
JUMLAH 100

 

7.2 Jadual di bawah menunjukkan permarkahan pemerhatian sesi mengajar (teaching observation) :

BIL GARIS PANDUAN & KRITERIA MARKAH
1 Planning 35%
2 Delivery 50%
3 Management 5%
4 Professionalism 10%
JUMLAH 100%

 

7.3 Jadual di bawah menunjukkan permarkahan pemerhatian sesi temuduga:

BIL GARIS PANDUAN & KRITERIA MARKAH
1 Falsafah pengajaran dan pembelajaran 20
2 Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan dan penilaian/ pentaksiran 20
3 Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap dalam pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran 20
4 Penilaian dan testimonial pengajaran/penyeliaan 10
5 Penambahbaikan pengajaran/penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional 10
6 Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian. 10
7 Refleksi kendiri terhadap simulasi pengajaran 10
JUMLAH 100

8.0 KAEDAH PENCALONAN

    1. Setiap pencalonan mesti menggunakan borang yang disediakan dan mengandungi alasan-alasan yang menyokong calon daripada sekurang-kurangnya seorang penyokong.
    2. Pencalonan boleh diterima daripada mana-mana yang di bawah:
      • Pelajar tahun/semester akhir
      • Jabatan/Fakulti
      • Staf akademik
      • Staf Pengurusan Profesional & Pelaksana
      • Diri sendiri (dengan sokongan fakulti)
    3. Pencalonan diri sendiri hendaklah melalui sokongan fakulti.
    4. Tarikh tutup pencalonan adalah sebelum atau pada 28 April 2024

 

9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Jadual kerja pelaksanaan penilaian anugerah adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
1 Draf Iklan Citra Karisma Web 21 Feb – 3 Mac 2024 UTM CDex & BPO
2 Hebahan iklan Citra Karisma ke Web 18 Mac 2024 UTM CDex & BPO
3 Proses Pencalonan & Perakuan Peringkat Fakulti 18 Mac – 28 April 2024 Calon
4  Penyerahan Dokumen Pencalonan dan Portfolio Pengajaran oleh Fakulti ke UTM CDex Sebelum/pada 28 April 2024 Calon/Fakulti
5 Proses Pengumpulan maklumat (e-PPP, CPD, Capaian e-Learning, Anugerah Kecemerlangan
Pembelajaran Teradun)
28 April 2024 UTM CDex
6 Mesyuarat Panel Penilai Pemilihan Calon Anugerah Pengajaran 2023 9 Mei 2024 JK & UTM CDex
7 Sesi Penilaian Pemerhatian Pengajaran (Teaching Observation) 10 – 20 Mei 2024 JK & UTM CDex
8 Sesi Temubual Perakuan Pemenang Bersama TNCA 30 Mei 2024 JK & UTM CDex
9 Penghantaran maklumat Finalis & Pemenang beserta Write-up 12 – 20 Jun 2024 UTM CDex
10 Majlis Citra Karisma 27 Ogos 2024

 

10.0 PEMILIHAN PENERIMA ANUGERAH

    1. Penerima anugerah akan ditentukan oleh Panel Pemilih. Calon-calon yang telah disenarai pendek akan ditemubual oleh Panel Pemilih dan seterusnya dikehendaki mengendalikan satu sesi kuliah (teaching observation) yang diperhatikan oleh Jawatankuasa Pemilih. Penerima anugerah akan menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM Citra Karisma.
    2. Keahlian Panel Pemilih ini ialah :-
i Jemputan Khas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
ii Pengerusi Panel Pemilih Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah
iii Panel Pemilih




Dr. Nurbiha binti A. Shukor
Prof. Ts. Dr. Zaidatun binti Tasir
Prof. Madya Dr. Adibah binti Abdul Latif
Prof. Dr. Ahmad Baharuddin bin Abd Rahman
Prof. Madya Dr. Zaki Yamani bin Zakaria
Dr. Norliza binti Mohd Isa
iv Setiausaha Pn. Nurul Nazihah binti Ismail
v Urusetia       Cik Priscilla Prapagara