KPT telah mewujudkan Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 atau Reimagining And Redesigning Malaysian Higher Education Award 2017 bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan Tinggi Malaysia. Anugerah ini bertujuan untuk mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu 

Maklumat lanjut, klik link berikut http://www.mohe.gov.my/aprs-2017

 

Kurikulum Program Pengajian Inovatif

Anugerah ini bertujuan mengenal pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi.

Pengajaran Transformatif

Anugerah ini terbahagi kepada 2 sub-kategori iaitu:

 

 

1. Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan

2. Pengajaran Transformatif Syarahan Secara Interaktif


Pengalaman Pembelajaran Imersif

Anugerah ini terbahagi kepada 3 sub-kategori iaitu:

 

 

1.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya

2.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)

3. Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara.
  2. Penyertaan untuk kategori Kurikulum Program Inovatif adalah secara institusi manakala penyertaan Pengajaran Transformatif dan Pengalaman Pembelajaran Imersif secara individu atau berkumpulan.
  3. Penyertaan kategori individu atau berkumpulan terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat di IPT Malaysia.
  4. Pemohon kategori individu dan berkumpulan mesti berkhidmat secara tetap di institusi atau kontrak / sepenuh masa.
  5. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan. 
  6. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Tinggi berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan. 
  7. Keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.
  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini yang boleh dimuat turun dari laman web http://www.mohe.gov.my.
  2. Permohonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor atau yang setaraf*. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangkunya, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor atau yang setaraf* perlu disertakan.
  3. Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
  4. Ahli Jawatankuasa Pemilih APRS tidak boleh memohon.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Oktober 2017. Semua permohonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
  6. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62200 PUTRAJAYA
(U.P: Urus Setia Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017) 
 

permohonan/pencalonan bagi Staf Akademik UTM

Semua permohonan/pencalonan bagi Staf Akademik UTM perlu melalui Pejabat UTMLead (selaku Urusetia Permohonan/Pencalonan Anugerah bagi UTM). Tarikh tutup untuk mengemukakan semua permohonan/pencalonan kepada Pejabat UTMLead adalah pada 30 September 2017. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Zaleha Abdullah di talian 07-5537855/ zac@utm.my