Akademik Kepemimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menubuhkan Program Pembangunan Pelatih AKEPT (ATDeP) atau AKEPT Trainer Development Programme bagi melahirkan sejumlah pelatih yang berkualiti dan mewujudkan kumpulan bakat kepemimpinan berkelayakan akademik yang berpengalaman dalam teori dan amalan pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan Pengajian Tinggi. Program ini memberikan peluang kepada pembangunan laluan kerjaya ahli akademik dalam bidang pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan – daripada novis kepada pemimpin dan akhirnya menjadi pelatih.

Para peserta adalah terdiri daripada ahli akademik yang dicalonkan oleh institusi dan telah selesai menjalani Program Kompetensi & Peningkatan AKEPT (ACEP). Peserta akan digilap dalam menyampaikan latihan, memberikan maklum balas positif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang konstruktif, mengendali latihan dalam kumpulan besar dan kecil, melatih untuk merapatkan jurang antara prestasi yang diingini dan prestasi sebenar dan akhirnya, mewujudkan kesan yang boleh diukur dengan menghubungkan konsep latihan dengan objektif organisasi.

Program ini berlangsung dalam empat (4) fasa berturut-turut. Pada 8 hingga 10 Ogos 2017 yang lalu, Dr. Zaleha Abdullah (Timbalan Pengarah CTL, UTMLead) telah menghadiri fasa ke-tiga (3) program ini bertempat di Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Beliau dijangkakan akan melengkapi fasa ke-empat (4) pada 20 September 2017.

Dr Zaleha Abdullah

Timbalan Pengarah CTL, UTMLead, Universiti Teknologi Malaysia