STEMazing Logo

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTMLead – UTM Academic Leadership, Universiti Teknologi Malaysia telah melancarkan Projek STEMazing lanjutan daripada projek UTM-MIT BLOSSOMS bersama Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Projek STEMazing menumpukan skop yang lebih meluas berbanding BLOSSOMS dalam bidang STEM yang meliputi kajian melibatkan STEM, latihan pendidikan STEM, penghasilan aktiviti STEM dan pembangunan bahan pendidikan STEM.

Antara inisiatif terbaru Projek STEMazing ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghasilkan Video STEM untuk pendidikan menengah. Video STEM ini boleh diakses di eduwebtv.comSelain itu, pakar STEM di UTM juga membantu Kementerian Pendidikan Malaysia melalui bengkel penggunaan video STEM yang diadakan di 6 zon utama di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2017. Kajian tentang persepsi guru-guru terhadap penggunaan video STEM dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan melibatkan 800 orang guru di seluruh Malaysia.

Dr. Nurbiha A. Shukor

Pengurus OER , UTMLead, Universiti Teknologi Malaysia